Saturday, October 24, 2009

Kata Dulang Paku Serpih

Salam 1 Malaysia dari tok buat semua yang memperjuangkan bangsa melayu agama Islam. Tok menyusun sepuluh jari atas penulisan tok yang sudah lama diabaikan. Bukan tok penat untuk teruskan perjuangan melalui media yang serba canggih ini, tetapi atas kesibukkan tok yang sangat tidak dapat dielakkan akhir-akhir ini. Walaubagaimanapun, tok masih lagi berjuang dengan cara tok sendiri.
Tok sekarang semakin seronok melihat gelagat rakyat Malaysia pada hari ini yang betul-betul menyahut seruan 1 Malysia yang diperkenalkan oleh PM kita, terutama golongan muda termasuklah mat-mat rempit sejati. Baru-baru ni tok terkejut dengan gelagat sekumpulan mat rempit yang mewarnakan motosikal mereka dengan logo 1 Malaysia dan meronda kawasan bandar. Walaupun mereka semeangnya merbahayakan diri sendiri dan orang lain, tetapi tok lebih berfikiran positif. Mungkin dengan cara mat rempit tersebut lebih berkesan untuk 1 Malaysia disemaikan dalam diri sesetengah yang mempunyai hati batu seperti puak pembangkang. Tok dapat merasakan yang golongan mat rempit tersebut, merasakan diri mereka yang tidak hebat dalam ekonomi, pendidikan semakin terjaga kebajikan mereka dalam misi 1 Malaysia. Harap-harap puak yang tidak menyokong akan gagasan ini, sedarkanlah diri untuk terus manjaga bumi tercinta.
Hari ini, tok sempat melawat malaysiakini. Tok tertarik dengan satu isu yang menyentuh soal samseng yang diupah untuk mengawal sidang DUN Perak. Tok sangat geli hati bila membaca kenyataan yang dikeluarakan oleh Nizar Jamalludin MB pakatan pembangkang. Perlukah si Nizar buat rayuan peribadi dengan Sultan Perak untuk batalkan sidang DUN tersebut. Kenapa perlu Nizar untuk takut kekecohan yang akan berlaku dalam sidang DUn nanti. Bukankah dia yang sangat suka akan kekecohan dalam sidang DUN yang lepas? Kata orang dia yang lebih la Nizar ni. Memang patut la kalau pemeriksaan yang ketat perlu dilaksanakan sebelum masuk ke dalam dewan. Sebab tu pesan orang tua-tua, buat jahat jangan sekali. Mana nak tahu kalau-kalau kain HIDUP-HIDUP balut kepala kamu bawak masuk lagi. Tok rasa jika persidangan DUN yang melibatkan Nizar, bukan setakat samseng perlu ada, penembak hendap pon perlu ditempatkan dalam dewan. Salam dari tok Limbong Air Mata Duyung. klik sini

Friday, October 2, 2009

BACAAN YANG PERLU DIPERHALUSI..


Yang Guru B.M perlu fikir.


Yang diajar,

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Yang kita buat,

Teguh- kita bercerai, roboh- kita bersatu.


Yang dididik,

Orang berbudi kita berbahasa

Yang kita buat,

Orang berbudi, kita mencerca.

Beri madu, dibalas tuba..


Yang diajar,

Menarik rambut dalam tepung,

Yang kita buat,

Menarik rambut sampai meraung.


Yang kita tak pasti,

Tanam tebu ditepi bibir ,

Ada udang disebalik batu,

Tangan memberi , kelingking berkait.

Yang kita tak rela,

Bagai melukut ditepi gantang ,

Kokok berderai, ekor bergelumang tahi

Menang sorak, kampung tergadai.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.


Yang tertipu,

-Mendengar guruh dilangit ,

air tempayang dicurahkan.

- Yang dikejar tak dapat ,

Yang dikendung keciciran.


Yang kita harapkan

Orang berbudi , kita berbahasa

Orang memberi , kita merasa

Yang dibalas,

Berbudi pada orang yang tak reti bahasa

Tidak diberi , tak merasa lah kita.

Yang disuruh,

Memecah ruyung,


Yang kita nanti,

Bulan jatuh ke riba ,

Yang bulat bergolek, yang pipih melayang


Yang kita biarkan

Hujan emas, di negeri sendiri ,

Yang kita cari,

Hujan batu, di negeri ” sendiri ” ?


Yang kita ada,

Kail panjang sejengkal

Tanah sekangkang kera

Tong kosong,


Yang diretorikkan,

Biar putih tulang, jangan putih mata.

Yang kita takut,

Berputih mata, berhitam tulang.


Yang disuruh,

Menatang minyak.

Yang dibuat,

Meletak telur di hujung tanduk.


Yang malas,

Bagai pahat dengan pemukul,

Yang pandai,

Lebih sudu dari kuah.


Yang dianalogi,

Gajah sama gajah bergaduh, kancil tersepit

Yang terjadi,

Gajah sama gajah bergaduh, kancil untung


Yang dididik,

Cakap siang , pandang-pandang

Cakap malam, tengok-tengok

Yang diamalkan,

Cakap siang , sembang-sembang

Cakap malam, panjang-panjang.


Yang diikut,

Ikut hati, mati

Ikut nafsu, lesu


Yang diamanahkan,

Bagai kera mendapat bunga.


Yang bermesyuarat,

Berkerat rotan berpatah arang.


Yang sebetulnya,

Bau-bau bacang,

Sebusuk-busuk daging,

Dibasuh, dicicah ,dimakan jua.

Air sama air, sampah ke tepi jua.


Yang kita dialunkan,

Luncai terjun dengan labunya ,

Biarkan, biarkan,


Yang membelit,

Ular


Yang menelan,

Naga


Yang mati,

katak


Yang dijulang,

Ayam.


Yang menang,

Musang


Yang benar,

Ra. H. M. A. ”N”


17 Januari 2009 – 3.30 petang. P36



Tuesday, September 1, 2009

RAHSIA HOTEL PUAKA TERBONGKAR

Ipoh, Perak dikatakan negeri yang satu-satunya memiliki hotel yang sangat menakutkan bermula hari ini. Mengapa ianya terjadi? Terkejut beruk bila mendapat tahu bahawa hantu-hantu ADUN pakatan pembangkang Perak telah berkeliaran di dalam hotel tersebut pada hari ini iaitu jam 11.30 pagi untuk membuat persidangan dewan.
Jika sebelum ini hantu-hantu tersebut merupakan penunggu dibawah pokok, namun hari ini pokok tidak lagi relevan untuk hantu tersebut membuat huru-hara. Hotel Haritage menjadi tempat mereka membuat kekacauan. Tok melihat perkara sebegini telah menjadi semakin serius. Perlukah pawang-pawang dibawa ke hotel tersebut untuk menghalau hantu yang diketuai oleh Nizar bangsat pengkhianat bangsa.
Satu jer soalan yang berlegar dalam benak fikiran tok ni. Betulkah masalah rakyat yang dibincangkan dalam sidang DUN hantu tersebut? Ataupun satu perbincangan untuk merancang strategi bagi memporak perandakan negeri Perak? Jadi, jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Salam 1 Malaysia.

Monday, August 31, 2009

KEMERDEKAAN YANG PERNUH BERMAKNA

Salam Ramadhan, salam merdeka dan salam 1 Malaysia tok ucapkan buat warga Malaysia di seluruh pelusuk dunia. Tok gembira sangat kerana kemerdekaan tahun ni sama -sama kita sambut dalam bulan keampunan, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Dalam kita bersemangat melaungkan slogan, dalam kita bersemangat kibarkan jalur gemilang, namun kita perlu sedar hakikatnya kita tetap hamba-Nya yang perlu sentiasa sujud sebagai insan yang kerdil. Jangan lah kita hanya menikmati kebebasan yang telah diberikan oleh penjajah semata-mata, namun kita juga perlu menghayati penghulu segala bulan ini untuk sentiasa memohon keampunan daripada Allah yang maha Esa. Biarpun kita seorang yang bergelar Dato', mahupun kita bergelar seorang Tan Sri, ataupun kita hanya seorang nelayan pintu keampunan tetap dibuka sama luas tanpa mengenal darjat. Yang terlanjur baliklah ke pangkal jalan, yang beriman teruslah menambah ketakwaan. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari melakukan sebarang kemungkaran. Semoga kemerdekaan tahun ini memberi seribu makna buat rakyat Malaysia.

Monday, July 27, 2009

PERJUANGAN SEORANG SENIMAN


video

Friday, July 24, 2009

SELAMAT HARI JADI

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN DALAM HIMPUNAN 1 MALAYSIA. TAHNIAH DAN DIDOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T. SELAMAT HARI JADI DATO' SERI NAJIB.

Monday, July 13, 2009

Maria Bertha Hertogh

Tertarik betul tok membaca cerita Natrah @ Maria Bertha Hertogh, yang cukup popular diperkatakan di dalam blog-blog.
Cuma di sini tok nk menyentuh sedikit mengenai 'Rusuhan Natrah' yang telah mengorbankan 18 nyawa dan beratus-ratus lagi cedera.
Yang agak anehnya mengenai Rusuhan Natrah ialah apabila kes ini dipolitikkan. UMNO dikatakan gagal memainkan peranannya sehingga Natrah berjaya dimurtadkan. Kenapa UMNO pula yang dipersalahkan?
Tidakkah umum tahu bahawa isu Natrah merupakan isu antarabangsa dan kesnya ditentukan oleh mahkamah dan oleh kerana kes ini dipolitikkan jugalah Natrah sehingga ke akhir hayatnya telah hidup dalam ketakutan dan trauma kerana bimbang waris-waris mereka yang terkorban dalam Rusuhan Natrah akan datang untuk mengancam keselamatan Natrah.
Yang lalu biarkan ianya berlalu, moga-moga peristiwa seperti ini tidak akan berulang lagi.